Kolej Unikop Cawangan Melaka (L00880)

KURSUS-KURSUS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA YANG DITAWARKAN DI KOLEJ UNIKOP CAWANGAN MELAKA (PUSAT BERTAULIAH JPK L00880)

1.Mekanik Kenderaan Motor - (SKM 1,2,3) , KOD PROGRAM P-115 / P-119, TP-300-2/3

2.Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara(SKM 1,2) , KOD PROGRAM C-010

3.Juruelektrik (SKM 1,2)

4.Pembuat Pakaian Wanita (SKM 1,2,3)

5.Sistem Komputer (SKM 2,3 dan DKM 4)

Nota : SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

          DKM - Diploma Kemahiran Malaysia

 

Syarat Minima Untuk Permohonan Program 1 - 4 :

 a) Memiliki 4 M - Minat , Mampu Membaca, Menulis dan Mengira

 b) Berumur 15 - 45 tahun

 c) Mempunyai sijil berhenti sekolah darjah 6/PMR/SRP/SPM dll

 

Syarat Minima Untuk Permohonan Program 5:

 a) Memiliki 4 M - Minat , Mampu Membaca, Menulis dan Mengira

 b) Berumur 18 tahun ke atas

 c) Tamat/Pernah menduduki SPM

1.MEKANIK KENDERAAN MOTOR ( OTOMOTIF)( P -115)

OBJEKTIF kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dalam bidang automotif kepada setiap personel yang berminat di dalam bidang ini. Mewujudkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berkemahiran dalam bidang automotif untuk memenuhi kehendak industri..Setelah menamatkan kursus dengan jayanya akan membolehkan mereka mencapai cita-cita sebagai peniaga/usahawan yang berjaya ataupun menjadi pekerja mahir dan penyelia mengikut kemahiran.

PELAJAR-PELAJAR YANG DITAWARKAN KURSUS INI AKAN TURUT DI TAWARKAN PEMBIAYAAN ( PINJAMAN PTPK - PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN IAITU PINJAMAN KERAJAAN). PINJAMAN INI MELIPUTI YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN SARADIRI BULANAN SEBANYAK RM 300.00 SEBULAN

TEMPOH LATIHAN :

2 tahun / 4 semester.

 PERSIJILAN :

-          Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 ,2 dan 3.


MODUL LATIHAN PEMBELAJARAN TAHAP 1 & 2:

-          Melakukan Penyelenggaraan Dan Pengujian Di Atas Jalan Pada Kenderaan.

-          Menservis Sistem Karburetor.

-          Menservis Sistem Bahan Api Diesel.

-          Menservis Sistem Elektrik Kenderaan.

-          Melakukan Baik Pulih Enjin.

-          Menservis Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik. [ EFI – Electronic Fuel Injection ]

-          Membaik Pulih Sistem Klac. [ Clutch System ]

-          Membaik Pulih Sistem Penghantaran Kuasa Biasa. [ Manual Transmission ]

-          Membaik Pulih Sistem Penghantaran Kuasa Automatik. [ Automatic Transmission ]

-          Membaik Pulih Sistem Brek. [ Brake System ]

-          Membaik Pulih Sistem Stereng. [ Steering System ]

-          Membaik Pulih Sistem Gantungan. [ Suspension System ]

-          Menservis Sistem Penyaman Udara Kenderaan.

POTENSI BIDANG PERNIAGAAN / KERJAYA/PENDIDIKAN

-          Pengusaha membaiki kereta serba lengkap dalam bidang baik pulih kereta.

-          Pengusaha bengkel menukar tayar,penjajaran roda [ wheel alignment ], pengimbang roda     [ wheel

            balancer ] dan servis bateri.

-          Pengusaha bengkel baik pulih sistem penyaman udara kereta.

-          Pengusaha bengkel “servicing” dan “engine tuning” pada enjin petrol.

-          Pengusaha bengkel pendawaian elektrik kereta.

-          Bekerja di industri awam sebagai pekerja mahir dan penyelia mengikut kemahiran.

-          Boleh melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di institusi awam atau swasta seperti di ADTEC, IKM dan lain-lain.

2.MEKANIK PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA ( C-010)

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara kepada setiap personel dan juga lepasan sekolah yang berminat dalam bidang ini. Setelah menamatkan kursus dengan jayanya para graduan yang berjaya akan membolehkan mereka mencapai cita-cita sebagai peniaga/ usahawan,pekerja mahir,penyelia,juruteknik yang berjaya dan juga mengikut kehendak kerajaan dalam membantu menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

PELAJAR-PELAJAR YANG DITAWARKAN KURSUS INI AKAN TURUT DI TAWARKAN PEMBIAYAAN ( PINJAMAN PTPK - PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN IAITU PINJAMAN KERAJAAN). PINJAMAN INI MELIPUTI YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN SARADIRI BULANAN SEBANYAK RM 300.00 SEBULAN

Tempoh Latihan :

  • Semester 1 (Tahap 1) : 6 bulan
  • Semester 2 (Tahap 2) : 6 bulan

 Persijilan :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2

 

Modul Latihan

        Belajar ciri-ciri keselamatan dalam industri semasa bekerja.

  • Belajar mengenali alatan pengukuran dan alatan kerja tangan serta fungsinya.
  • Belajar teknik asas lukisan kejuruteraan serta simbol dalam pemaipan dan elektrikal
  • Belajar membuat sistem penyambungan pemaipan pvc dan galvani dalam membuat bebenang luar dan bebenang dalam.
  • Belajar membuat asas kimpalan arka dan gas serta pemotongan besi menggunakan api
  • Belajar memasang unit penyamanan udara bagi rumah dan pejabat
  • Belajar asas elektrik 1 fasa untuk pendawaian rumah dan pejabat
  • Baik pulih sistem penyejukan dan penyamanan udara
  • Belajar membaiki peti ais rumah
  • Belajar mengenai penyelenggaraan setor dan inventori

 

Potensi Bidang Perniagaan / Kerjaya / Menyambung Pelajaran

  • Boleh menjadi juruteknik industri atau bangunan  dalam sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara
  • Boleh menjadi plumbing atau tukang paip
  • Boleh menjadi Quality Control(QC) dalam industri
  • Boleh menjadi pengusaha membaiki air cond dan peti sejuk
  • Boleh menjadi pengedar unit air cond dan peti sejuk.
  • Boleh menjadi kontraktor dalam bidang tersebut
  • Boleh menyambung bidang pengajian ke Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) di Adtec Shah Alam dan juga Diploma of Engineering di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI) Bangi Selangor.

 

3.JURUELEKTRIK ( C-051)

 

Objektif Latihan

  • Mengeluarkan tenaga mahir yang berpengetahuan di bidang Juruelektrik.
  • Memberi pendedahan pengkhususan Juruelektrik serta kemahiran sepenuhnya.
  • Memenuhi permintaan ramai pihak samaada Kerajaan, Industri dan Swasta.
  • Dapat melahirkan usahawan atau kontraktor di bidang Elektrik khususnya.

 PELAJAR-PELAJAR YANG DITAWARKAN KURSUS INI AKAN TURUT DI TAWARKAN PEMBIAYAAN ( PINJAMAN PTPK - PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN IAITU PINJAMAN KERAJAAN). PINJAMAN INI MELIPUTI YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN SARADIRI BULANAN SEBANYAK RM 300.00 SEBULAN

TEMPOH LATIHAN :

1 tahun / 2 semester.

 

PERSIJILAN :

-          Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2.


Modul Tahap 1  & Tahap 2 ( Satu Fasa & Tiga Fasa)

·  Keselamatan & Pertolongan Cemas

·  Asas Elektrik

·  Peralatan Pengukuran & Perlindungan

·  Pendawaian Domestik & Industri

·  Turutan Pengujian Elektrik

·  Mengesan & Membaikpulih kerosakan  

·  Penyelenggaraan Elektrik

·  Lukisan Kejuruteraan & Elektrik